“Virus tak bergerak tapi manusia yang bergerak,” Najib sekolahkan Azmin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak bertindak ‘menyekolahkan’ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilabelnya sebagai wakil kilang berhubung kes positif melibatkan kluster tempat kerja.

Kata Najib, kenyataan Azmin mengambarkan seolah-olah beliau tidak faham bagaimana virus tersebar dan menjangkiti.

“Wakil kilang sudah bersuara, dia ni (Azmin) macam tak faham bahawa virus tak bergerak tapi manusia yang bergerak.

“Selagi ada lebih 120,000 tempat kerja beroperasi, berjuta orang akan terpaksa keluar bekerja tiap-tiap hari.

“Dan selagi ada pergerakan berjuta manusia setiap hari, rantaian Covid tidak akan putus dan PKP akan lanjut dan lanjut,” bidas beliau.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah, “selepas PKP 2.0 selama 52 hari separuh masak yang gagal, PKP 3.0/3.1 48 hari yang gagal dan 28 hari total lockdown fasa 1 tak total yang gagal, dia masih tak faham prinsip asas ini”.

Semalam, Azmin menafikan sektor pembuatan dan perkilangan menyumbang kepada peningkatan kes positif Covid-19.

Beliau berkata, kes positif Covid-19 melibatkan sektor tersebut hanya melibatkan lima hingga 10 peratus.

“Ini berdasarkan data yang dibekalkan Kementerian Kesihatan terhadap kluster-kluster yang wujud setiap hari. Jadi, tidak benar untuk meletakkan kesalahan kepada sektor ekonomi khususnya pembuatan.

“Sudah tentu, apabila membenarkan sektor ekonomi beroperasi, kebarangkalian kes itu berlaku juga wujud. Ini tidak seperti sektor pendidikan dan sosial yang telah ditutup sepenuhnya,” katanya.

Beliau mengulas desakan ramai pihak supaya kilang ditutup kerana terus mencetuskan kluster yang menyumbang peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

Azmin berkata, kelonggaran atau kebenaran aktiviti sektor ekonomi bersifat perkhidmatan perlu, adalah untuk melindungi dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat khususnya Malaysia sebagai sebuah negara yang terlibat dalam rantaian bekalan global.

Katanya, data Kementerian Kesihatan menunjukkan 75 peratus kes positif ketika ini adalah bersifat sporadik yang bermakna virus Covid-19 telah berada dalam komuniti.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat