Sidang Parlimen Perlu Ikut SOP Covid-19 – Yang di-Pertuan Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin mengikut garis panduan, SOP COVID-19 yang ditetapkan oleh kerajaan dan Parlimen Malaysia bagi membolehkan Proklamasi Darurat dibentangkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa semua Jawatankuasa Pilihan Parlimen Ke-14 hendaklah meneruskan sesi mesyuaratnya untuk pelaksanaan mekanisme semak dan imbang bagi menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab khususnya menangani isu-isu dasar awam dan kemasyarakatan serta hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara,” katanya dalam kenyataan Istana Negara, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bersama timbalan mereka di Istana Negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat