Jumlah Korban Covid-19 Di Seluruh Dunia Lepasi Angka 500,000 Orang

- Advertisement -

ANKARA – Jumlah korban koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia kini melepasi 500,000 pada Ahad, lapor agensi berita Anadolu, menurut data Johns Hopkins University yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Seramai 500,108 penduduk di seluruh dunia menjadi korban sementara lebih 5.08 juta pesakit sembuh manakala jumlah kes kini mencecah 10 juta.

AS terus kekal negara paling teruk diancam, menyaksikan lebih 2.53 juta orang dijangkiti sementara lebih 125,700 pesakit meninggal dunia.

Brazil, mempunyai jumlah kes dan kematian Covid-19 paling tinggi di Amerika Latin dan bilangan kes kedua tertinggi di dunia dengan 1.31 juta jangkitan.

Rusia, India, Itali, Sepanyol dan United Kingdom antara negara paling teruk terjejas.

Virus maut itu sudah merebak ke 188 negara dan wilayah sejak ia mula dikesan pada penghujung tahun lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat