Adun Pulau Pinang, Ketua Wanita Antara 5 Dipecat Dari PKR

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam mesyuarat bulanannya semalam, bersetuju dengan syor Lembaga Disiplin untuk melucutkan keanggotaan lima ahlinya termasuk Ketua Wanita PKR Haniza Mohd Talha.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Ahmad Kassim menjelaskan, empat yang lain ialah Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh Dr Afif Bahardin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim, Ketua Wanita PKR Sabah Rahimah Majid dan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Nur Zarina Zakaria.

Dr Afif yang juga merupakan Adun Seberang Jaya sebelum ini dikatakan adalah antara penyokong kuat kepada Datuk Seri Azmin Ali.

Sementara itu, seorang ahlinya, Ahmad Raj Abdullah pula digantung keanggotaan, kerana terlibat dalam serangan fizikal terhadap Naib Presiden Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, pada 1 Mac lepas.

“Keanggotaannya digantung sehingga selesai siasatan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu tiga lagi pemimpin parti itu diberi amaran iaitu Tian Chua; Pengarah Komunikasi Wanita Pulau Pinang Carolyn Khor; dan Adun Machap Jaya, Ginie Lim.

Tindakan ini dikatakan sebagai proses pembersihan dalaman PKR untuk menyingkirkan saki baki ‘orang Azmin’ yang sebelum ini sering membuat tindakan menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat