Rafizi, Nik Nazmi telah beri sumbangan berkesan, letak jawatan tindakan berprinsip – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad meletak jawatan daripada Jemaah Menteri adalah satu tindakan berprinsip dan perlu dihormati.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, berkata Rafizi dan Nik Nazmi telah memberi sumbangan yang berkesan serta mendukung semua keputusan kerajaan.

“Mereka berprinsip. Itulah janji mereka (untuk letak jawatan sekiranya tewas dalam pemilihan PKR) dan kita menghormati pendirian itu.

“Biarpun kita tidak campur dalam urusan dalaman parti namun bagi pihak rakan-rakan dalam Kabinet, saya merasakan bahawa selama ini mereka telah menyumbang dengan cukup berkesan dan mereka secara kolektif mendukung semua keputusan yang telah ditetapkan oleh Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan rakaman Konsert Desaku Mendunia dan Majlis Prapelancaran Mega Karnival 3 Dimensi di Angkasapuri malam tadi, lapor Bernama.

Zahid juga berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempunyai kuasa mutlak untuk melantik pengganti daripada PKR bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

“Pemimpin datang dan pergi, begitu juga menteri. Perdana Menteri akan memilih orang yang terbaik daripada parti berkenaan untuk berada dalam Jemaah Menteri,” katanya.

Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai depan selepas mereka tewas pada PKR 2025 minggu lepas.

Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar manakala Nik Nazmi kalah pada pemilihan bagi jawatan naib presiden.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi kenyataan memaklumkan Anwar telah menerima permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Jemaah Menteri daripada Rafizi dan Nik Nazmi.

Menurut PMO, perdana menteri bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-duanya dan sebarang keputusan lanjut akan dimaklumkan kemudian.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat