KUALA LUMPUR- Kes seorang pengiring orang kenamaan yang dilaporkan mencederakan seorang pemandu e-hailing orang kelainan upaya (OKU) sudah diselesaikan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata kejadian itu disebabkan salah faham permintaan mengalihkan kenderaan.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 313 Kanun Keseksaan dan pada jam 9.59 malam pengadu membuat laporan polis kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik dan tidak mahu memanjangkan kes.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu, lapor BH.
Rusdi berkata, sebarang pertanyaan dan maklumat boleh berhubung dengan Hotline Polis KL di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.