Kuala Lumpur Kini Hub Syarikat Pemula, Industri Digital – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan kementeriannya kini menumpukan usaha merancakkan aktiviti ekonomi digital negara.

Menurut beliau bagi mencapai sasaran itu, kerajaan akan menumpukan kepada penyelarasan sistem sokongan awam ke arah pendekatan bersepadu (single window approach) untuk menambah baik ekosistem digital yang lebih berkesan.

Selain itu katanya, Kementerian Ekonomi juga memulakan pembangunan konsep dan penyelarasan fungsi ke arah pelaksanaan kerajaan digital (govtech) yang menghasilkan produk-produk perkhidmatan awam berasaskan data dan digital secara bersepadu (single window’s govtech).

“Fokus seterusnya ialah berkenaan ekonomi digital dan untuk bulan-bulan seterusnya, saya dan pasukan Kementerian Ekonomi kini sedang bekerjasama untuk merancakkan lagi aktiviti ekonomi digital negara.

“Bagi menjayakan hasrat ini, Kuala Lumpur mesti dijadikan dan ditingkatkan daya tarikan sebagai pusat syarikat pemula dan industri digital serantau ini.

“Dengan Kuala Lumpur sebagai hub startup dan digital serantau, kita sudah pasti mampu menarik lebih banyak pelaburan dan seterusnya menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada rakyat kita,” jelas Rafizi dalam kenyataan pada Isnin.

Ketika penyertaan saya di Qatar Economic Forum pada minggu lepas, beliau berpeluang untuk berkongsi pandangan dengan Jack Selby, veteran dalam pembangunan hub syarikat pemula.

“Jack Selby adalah Pengarah Urusan Thiel Capital dan pencetus Arizona Technology Innovation Summit dan merupakan kakitangan terawal PayPal bersama-sama kumpulan pengasas syarikat seperti Elon Musk, Peter Thiel dan Reid Hoffman.

“Kumpulan pengasas PayPal ini menjadi tenaga utama yang menggerakkan industri digital dari Silicon Valley melalui penglibatan mereka di dalam syarikat-syarikat digital terkenal, antaranya seperti Tesla, SpaceX, Youtube, Facebook, LinkedIn dan OpenAI.

“Beliau melahirkan minat untuk membantu Malaysia merealisasikan sasaran yang telah saya gariskan untuk Kuala Lumpur sebagai hub startup dan industri digital serantau. Kepakaran Jack Selby adalah unik kerana usahanya membangunkan Arizona sebagai pusat syarikat pemula yang baru di luar Silicon Valley yang kini semakin berjaya menarik syarikat-syarikat pemula untuk datang ke Arizona. Sudah tentu, pengalaman beliau di Arizona kita boleh gunakan untuk merangka dasar dan program bagi melonjakkan status Kuala Lumpur sebagai destinasi utama digital di rantau ini,” kongsi Rafizi lagi.

Justeru beliau akan terus memaklumkan dari masa ke masa perkembangan usaha ekonomi digital ini.

“Saya percaya sekiranya kita terus tidak bersikap business as usual, terus berfikir dan melaksana, hasil ekonomi yang lebih besar nilainya akan dapat dinikmati semua,” katanya.

Mengimbas cerita, menurut beliau ketika diberikan amanah menjaga portfolio ekonomi, beliau menerima hakikat dan memahami bahawa untuk melonjakkan nilai ekonomi negara dan menstrukturkan semula, dalam setiap dasar, fokus atau pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Perpaduan tidak boleh bersifat business as usual.

“Visi dan matlamat pembangunan ekonomi melihat ke masa depan perlu berani, berbeza dan mampu memberikan impak besar kepada negara dan anak tempatan.

“Sementara industri sedia ada perlu terus diberikan nilai tambah, saya juga sebelum ini telah menyentuh dan menyatakan rancangan untuk tiga sektor strategik seterusnya yang akan diberikan tumpuan iaitu peralihan tenaga kepada tenaga boleh baharu, keterjaminan makanan dan ekonomi digital,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat