PKPB Disambung Berita Palsu, kata Ismail

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa laporan berkenaan perlanjutan perintah kawalan pergerakan bersyarat(PKPB) selepas 9 Jun adalah tidak benar.

Beliau yang memaklumkan perkara itu dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini, meminta orang ramai supaya mengabaikan khabar angin tersebut.

Sebaliknya, beliau menggesa agar orang ramai mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi dan sebagainya, melalui laman rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Tular kita telah tetapkan sambungan PKPB ini, dengan pelbagai prosedur operasi standard (SOP), pelbagai premis perniagaan dibenarkan dan pelbagai lagi itu, berita palsu.

“Kalau nak periksa betul-betul SOP, periksa dalam laman web MKN. Sangat jelas mana dibenarkan industri dan sektor perniagaan,” katanya.

Tambah Ismail, pihak kerajaan akan memaklumkan sama ada PKPB akan dilanjutkan atau sebaliknya dari masa ke semasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat