Benarkan tanah rizab Melayu ditukar nama kepada bukan Melayu antara kegagalan sengaja Kerajaan Negeri Sembilan – Chegu Bard

KUALA LUMPUR – Aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard mendakwa antara kegagalan sengaja Kerajaan Negeri Sembilan ialah membenarkan tanah rizab Melayu ditukar nama kepada pemilik bukan Melayu.

Menurut beliau, di bawah Kaus Undang Luak Johol ialah antara yang bersungguh memperjuangkan tanah rizab Melayu jangan di tukar ke bukan Melayu.

“Bukan satu tapi banyak kes seperti ini. Namun yang konon di atas tidak peduli.

“50 ekar tanah rizab Melayu tergadai kepada bukan Melayu dengan sengaja dilupuskan di bawah jauh harga pasaran. Bukan sahaja tanah rizab Melayu hilang di bawah harga pasaran tetapi pemilik asal kerugian lebih RM4 juta kerana itu,” dakwa Chegu Bard dalam hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Menurut aktivis itu lagi, antara punca krisis ialah apabila PH-DAP salurkan dana kepada entiti haram yang ditaja dalam sistem adat.

“Menambah kekecohan bila Menteri Besar bukan setakat masuk campur malah menipu dengan sengaja dalam umum keputusan Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) pada 17 April. Semua didasarkan banyak kejadian yang dilindungi elok.

“𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮, 𝟱 𝗠𝗮𝗰 𝗮𝗱𝗮 “𝗽𝗲𝗿𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻” 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗬ang d𝗶 -𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 Negeri Sembilan 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗶𝘁𝘂𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮𝗯 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮𝘁.

“Namun berlaku sebaliknya apabila Kerajaan Negeri sengaja mengeluarkan tuduhan palsu sebagai aib. Pertuduhan kepada YTM Undang Sungei Ujong seperti Solat Jumaat di Balai Undang dan tarikh sijil nikah sebenarnya sudah di buat laporan polis oleh pihak yang diyakini ditaja untuk huru harakan keadaan. Siasatan polis sudah dibuat. Antara yang terlihat ialah Mufti yang menemukan YTM Undang Sungei Ujong tidak bersalah.

“Tidak berpuas hati maka persidangan DKU 17 April dibuat tanpa memanggil YTM Undang Sungei Ujong. Malah Mufti yang kebiasaan dipanggil untuk turut hadir turut tidak dipanggil kerana takut Mufti akan bercakap benar bila dirujuk.

“Namun ceplos upahan terus terusan digerakkan bagi menyerang sistem adat dengan naratif tipu dan palsu. Malah media perdana juga mebelahi kepalsuan,” dakwanya.

Beliau membangkitkan persoalan “adakah Che GuBard perlu melanggar adab bagi menegak adat?”

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat