Masdo bakal adakan Konsert Percuma Eksklusif untuk Ahli Kad Genting Rewards pada 25 Mei 2024

- Advertisement -

Genting Highlands, 29 April 2024 – Berita baik bagi semua peminat muzik pop! Digelar sebagai Beatles Malaysia, Masdo, bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada hari Sabtu, 25hb Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).

Dipersembahkan dengan kerjasama Stance Camp, sebuah komuniti peminat automotif dan pengembaraan luar, pertunjukan percuma ini menjanjikan persembahan yang menakjubkan oleh Masdo, dan juga pelbagai tarikan yang dinamik. Antara acara yang menantikan oleh pengunjung adalah pameran kereta ubah suai, pengalaman “glamping” serta perkhemahan dan banyak lagi.

Masdo, yang terdiri daripada Ali Sariah, Asmawi, dan Putu Ceri adalah nama terkenal dalam dunia muzik tempatan sejak penubuhannya pada tahun 2015. Menerusi muzik unik mereka, kumpulan ini telah mendapat sanjungan meluas dan ini terbukti melalui lagu hit bertajuk “Dinda” yang mempunyai hampir 45 juta strim di Spotify. Ini mengukuhkan lagi status mereka sebagai sensasi muzik terkini.

Pengiktirafan di peringkat antarabangsa kumpulan ini pula melangkaui sempadan dengn persembahan yang berjaya di negara China dan Indonesia.

Dianjurkan dengan bangganya oleh Resorts World Awana, konsert percuma julung-julung kali ini adalah tanda penghargaan kepada ahli GRC kami yang setia. Pendaftaran untuk pertunjukan ini akan dibuka pada 25 April 2024 di rwgenting.com dengan tiket terhad untuk dituntut.

Bagi ahli bukan GRC pula, jangan lepaskan peluang untuk merebut pelbagai ganjaran yang lebih menarik dengan mendaftar keahlian GRC anda serta dapat bersama dengan Masdo pada malam istimewa nanti. Harap maklum bahawa bagi mereka yang tidak berdaftar atau “walk-in” tidak akan dilayan pada hari persembahan.

Pastikan anda mendaftar terlebih dahulu supaya tidak terlepas peluang ini. Untuk menyerikan lagi pengalaman konsert ini, Resorts World Awana menawarkan pakej bilik yang eksklusif bagi memastikan keselesaan para pengunjung sebelum, semasa dan selepas waktu persembahan.

Bermula dari RM315 untuk dua orang, tetamu dapat menikmati penginapan satu malam dan akses ke zon VIP berhadapan dengan pentas konsert. Dari harga RM505, tetamu akan mendapat sesi “Meet & Greet” khas bersama Masdo secara peribadi, diiringi dengan makan malam ringan di Ayu Awana selepas persembahan.

Selain itu, sarapan percuma di Jom Makan Awana ditawarkan untuk tetamu bilik Superior Deluxe dan tetamu yang menginap di Club Suite dan Executive Suite akan mempunyai akses ke Lounge Hospitaliti.

Pengunjung juga boleh menikmati menu bertemakan Masdo yang disajikan khas, dengan penampilan hidangan yang lazat seperti “Bunga Burger”, “Burger Kasih & Sayang” dan “Burger Kegemaran Ali” yang menampilkan daging lembu, kambing dan patty ayam, berharga antara RM40 hingga RM55.

Acara “Under the Stars x Stance Camp x Masdo” merupakan sebuah ekstravaganza yang akan berlanjut selama tiga hari berturut-turut, dari 24 hingga 26 Mei 2024, dan pastinya merupakan hujung minggu yang tidak dapat dilupakan serta dipenuhi dengan keseronokan dan hiburan.

Untuk maklumat lanjut, layari UNDER THE STARS x STANCE CAMP X MASDO | Resorts World Genting (rwgenting.com) atau saluran media sosial rasmi kami.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat