Netizen kecam tindakan Hattan

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Hanya permohonan maaf dapat meredakan keadaan. Begitulah kesimpulan ramai pihak berkenaan insiden panas membabitkan Datuk Hattan.

Ia bermula apabila penyanyi otai ini menempelak pembaca berita wanita sebuah stesen televisyen yang dikatakan tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan berkaitan Mael XPDC.

Sebagai rakan seangkatan Allahyarham Mael, Hattan, 59, dihubungi untuk temubual secara langsung bagi mendapatkan pandangan mengenai lirik lagu kumpulan XPDC yang dikatakan ‘makan dalam.’

Disebabkan pembaca berita ini kurang arif beberapa perkara berkaitan XPDC, Hattan terus menyelar penyampai terbabit.

Malah dia bertanya semula kepada penyampai dengan nada yang tegas agar memberi jawapan yang betul serta mempersoalkan sama ada membuat kajian ataupun tidak.

Lebih daripada itu, belum sempat penyampai ini mengucapkan terima kasih kepadanya, Hattan memutuskan talian terbabit.

Rakaman video ini yang tular, membuatkan Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin, dianggap biadap oleh segelintir netizen.

Mereka menganggap Hattan seperti memalukan wanita terbabit dengan sengaja.

Susulan kejadian itu, akaun Instagram Hattan diserang netizen hingga menyebabkannya terpaksa menukar akaun media sosialnya itu kepada privasi.

Tinjauan di ruangan komen mendapati netizen kurang bersetuju dan menasihatkan Hattan tidak sepatutnya berbuat demikian memandangkan statusnya sebagai penyanyi senior.

Dia juga dinasihatkan perlu lebih beradab kerana tindakannya ini memalukan pembaca wanita terbabit.

“Datuk, adab sepatutnya diletakkan nombor satu. Sebagai artis senior sepatutnya tunjuk tauladan yang baik. Bukan mengamuk tak tentu hala. Pemberita tanya elok, dijawabnya dengan cara biadap.

“Lari dari soalan pula, tanya lain jawap lain. Pastu hang up phone terus. Ya ampun, ini live berita bukan Akademi Fantasia,” komen seorang netizen.

Seorang lagi netizen berpendapat, tak semua perkara mengenai XPDC diketahui.

Bagaimanapun, ada juga pengikut yang mempertahankan tindakan Hattan dan menyifatkannya sebagai teguran membina.

“Bagi aku, Datuk Hattan menegur, sebagai wartawan patut buat ‘research’ kalau nak buat sebarang ‘task’.

“Mana boleh main semborono buat ‘task then’ tanya ‘guest’. Soalan itu menjerat diri.

“Apa Saari Amri la, merepek melalut. Kena ada ‘study case’ apa saja ‘tasking’ tambah? Live.

“Betul la apa Datuk Hattan cakap. Nampak kasar teguran, tapi bagi kami sangat membina. Good job Datuk,” kata seorang netizen yang mempertahankan penyanyi lagu Biso Bonar ini.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan komen Hattan tidak berhasil apabila dia tidak memberikan sebarang respon.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat