Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (29 April 2020)

- Advertisement -

1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 828 Sekatan Jalan Raya & pemeriksaan ke atas 637,982 kenderaan

2. Sebanyak 37,753 pemeriksaan mengejut telah diadakan & 6,669 premis telah diperiksa

3. 643 individu telah ditahan kerana ingkar PKP, 576 direman dan 67 dijamin polis.

4. 947 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan ingkar PKP

5. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 28 April 2020 adalah sebanyak 21,749 individu

6. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

– Semalam, sebanyak 245 operasi sanitasi meliputi 60 Zon Merah & Kuning di 13 negeri, termasuk 40 operasi di Sabah, 40 di Sarawak & 39 di Johor

– 34 bangunan Kerajaan, 22 tempat awam, 65 pusat perniagaan & 6 pasar raya telah disanitasi

7. Pengurusan Pusat Kuarantin

– Setakat 29 April 2020, sebanyak 226 Pusat Kuarantin telah beroperasi & 17,440 individu sedang menjalani kuarantin wajib

– 838 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air semalam & dikuarantin wajib

– Seramai 24,323 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020

– Sejak 17 April, 10,291 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib & dibenarkan pulang

8. KPDNHEP telah membuat pemantauan harian 25 jenis bekalan di 1,044 pemeriksaan premis perniagaan termasuk peruncit (815), pemborong (198) dan pengilang (31)

9. Pelajar IPT di Kampus

– Pelajar dari 5 IPT di Zon Utara telah selamat tiba ke rumah masing-masing di Zon Tengah

– Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan hantar pulang 653 pelajar di Zon Utara ke kampung halaman di Zon Utara & 280 pelajar di Zon Sarawak ke kampung halaman di Zon Sarawak mulai hari ini dan esok

– Bagi negeri Sarawak ada 2 pergerakan dalaman yg akan bermula hari ini & esok

10. SOP Pergerakan PKP 4

– #PKP4 : Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.4) 2020 telah diwartakan dan berkuat kuasa 29 April 2020 hingga 12 Mei 2020.

– #PKP4 : Kerajaan membenarkan 2 orang untuk bergerak dalam satu kenderaan, dengan syarat kedua-duanya adalah ahli keluarga & dari rumah yang sama

– #PKP4 : Kerajaan membenarkan pergerakan bagi membeli keperluan harian & bagi mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan boleh melebihi radius 10 kilometer sekiranya keperluan dan perkhidmatan itu tidak terdapat di dalam radius 10 kilometer dari kediamannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat