Anwar Mohon Kerjasama Mesir Salur Bantuan 374 Tan ke Gaza

CYBERJAYA – Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Malaysia telah mendapatkan kerjasama Mesir bagi memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah.

Menurut beliau, perkara itu dibangkitkan dalam pertemuannya bersama Presiden Abdel Fattah el-Sisi baru-baru ini, dengan fokus utama memastikan penghantaran sebanyak 374 tan bantuan dapat dilaksanakan bermula April.

Anwar berkata, beliau menerima jaminan jelas daripada pihak Mesir bahawa akses melalui Pintu Sempadan Rafah akan dipermudah bagi membolehkan bantuan sampai kepada rakyat Gaza dengan segera.

“Komitmen ini penting bagi memastikan lebih 100,000 penduduk Gaza yang terkesan dapat menerima bantuan kemanusiaan dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan Malaysia akan terus berpendirian tegas dalam usaha menyalurkan bantuan, walaupun berdepan pelbagai halangan.

“Malaysia tidak akan tunduk kepada sebarang sekatan, khususnya daripada rejim Zionis Israel yang menghalang usaha kemanusiaan,” katanya.

Tambah beliau, dalam situasi global yang menyaksikan pelbagai reaksi bercampur terhadap konflik tersebut, Malaysia akan kekal konsisten sebagai negara yang mempertahankan prinsip kemanusiaan dan keadilan.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru rakyat Malaysia agar mendoakan supaya segala urusan penghantaran bantuan dipermudahkan dan berjalan lancar.

“Semoga bantuan ini dapat disampaikan dengan selamat kepada saudara kita di Gaza,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat