Bekas isteri Sam Bunkface tak setuju pinda nafkah anak

- Advertisement -

 

Kuala Lumpur : “Dia kena buktikanlah kalau tidak ada persembahan atau pendapatan. Tapi kalau tengok di media sosial macam bertentangan dengan apa yang dia cakap,” kata bekas isteri penyanyi Bunkface, Sam, 35, iaitu Aida Azira Hussin, 36, yang tidak melihat penyanyi itu mempunyai kesulitan membayar nafkah anak.

Aida berkata, gambaran di media sosial Sam seperti tidak menunjukkan dia mengalami masalah.

Aida turut meminta Sam mengemukakan bukti sekiranya dia tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan yang menyebabkan dia ingin meminda nafkah anak mereka.

Terdahulu, Aida tidak bersetuju dengan permohonan dibuat penyanyi itu berhubung pindaan nafkah anak lelaki tunggal mereka.

Aida berkata, sudah menjadi tanggungjawab Sam sebagai bapa untuk melunaskan nafkah buat anak mereka dan bukannya memohon untuk ia dipinda.

“Sudah tentu saya tidak bersetuju kerana itu memang tanggungjawab dia. Dia kena bayar nafkah ke atas anak dia secukupnya,” katanya.

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi sebutan kes pindaan nafkah mereka semalam.

Ditanya kali terakhir Sam bertemu anak mereka iaitu Maleeq, 6, Aida berkata, sudah enam bulan penyanyi itu tidak berjumpa dengan anak mereka.

Lebih mengecewakan Aida, panggilan yang dibuat juga tidak dijawab.

“Mungkin dalam lima atau enam bulan sejak tahun lalu. Dia yang tak jumpa anak. Sudah tentu anak ada mencari dia.

“Anak cuba untuk menghubungi dia tetapi panggilan tidak dijawab. Hubungan kami pun macam itu sajalah. Berhubung hanya untuk anak,” katanya.

Sementara itu, Sam yang hadir ditemani adiknya yang juga pelakon Siti Saleha enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung isu itu.

Dia meninggalkan perkarangan mahkamah dengan menaiki motosikal sebaik saja sesi berkenaan selesai.

Sam dan Aida berkahwin pada 25 April 2015 namun bercerai pada Januari 2019.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat