Ayob Khan Kini Pengarah JSJ Bukit Aman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay diumumkan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan, hari ini.

“Pengarah JSJN Bukit Aman ditukarkan sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman yang baharu, berkuat kuasa 16 April ini,” katanya.

Pertukaran Ayob Khan sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman bagi menggantikan penyandang jawatan itu ketika ini, iaitu Datuk Seri Abd Jalil Hassan yang akan bersara wajib pada tarikh berkenaan.

Ayob Khan yang sebelum ini pernah menjadi Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, dilantik sebagai Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020.
Beliau kemudian kembali ke Bukit Aman selepas dilantik sebagai Pengarah JSJN bermula 25 Januari 2022 sehingga kini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat