Ahmad Zahid Sahkan Terima Surat Peletakan Jawatan Sulaiman

- Advertisement -

CYBERJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan sudah menerima surat peletakan jawatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, sekali gus menamatkan khabar angin politik yang melanda pentadbiran negeri itu.

Memetik laporan BH, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata Sulaiman menyerahkan surat itu ketika pertemuan di Parlimen, semalam.

“Saya mengesahkan bahawa saya sudah menerima surat peletakan jawatan daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Saya akan menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam untuk mengemukakan nama yang sesuai untuk dilantik sebagai Ketua Menteri yang baharu.

“Saya harap Yang Dipertua Negeri menerima dan mempertimbangkan nama-nama yang saya kemukakan (Ketua Menteri baharu) dan tarikh majlis angkat sumpah akan diputuskan oleh Yang Dipertua Negeri,” katanya.

Mengulas mengenai khabar angin Ab Rauf akan dipilih untuk jawatan tertinggi kerajaan negeri itu, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak boleh mengesahkan atau menafikannya.

“Lebih baik tunggu pengumuman daripada negeri itu,” katanya, seperti dilaporkan portal itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat