Menteri, Timbalan Menteri UMNO Jumpa PM Untuk Letak Jawatan?

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sebahagian besar Menteri dan Timbalan Menteri dari UMNO dijangka berjumpa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang ini bagi memaklumkan keputusan meletak jawatan beramai-ramai rentetan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berakhir semalam.

Walaupun PAU 2020 memberi mandat kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO menentukan tarikh peletakan jawatan tersebut, namun beberapa menteri dari UMNO dilaporkan kecewa dengan nada perbahasan semalam termasuk ucapan dari Presiden UMNO.

Seorang pegawai Menteri memaklumkan keputusan beramai-ramai diambil berikutan ucapan beberapa pemimpin UMNO menjadikan mereka sebagai kambing hitam dalam isu kerjasama politik dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Manakala seorang Timbalan Menteri memberi respon, “Jika kedudukan kami sebagai Menteri dan Timbalan Menteri yang sepatutnya membantu rakyat dan parti jadi menyusahkan parti, maka jalan terbaik adalah meletak jawatan segera supaya tidak lagi dijadikan ‘punching bag’.”

Selain ucapan pembahas, ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga, dikatakan menyindir Menteri UMNO.

Bagaimanapun sebarang peletakan jawatan ini tidak akan menggugat kerajaan darurat kerana kedudukan Perdana Menteri adalah atas perkenan Yang Di-Pertuan Agong tanpa memerlukan sokongan majoriti Parlimen.- SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat