Emak marah Justin Bieber buat tatu lagi

- Advertisement -

Los Angeles: Tindakan Justin Bieber yang mencacah tatu terbaharu berbentuk buah pir dan mempamerkan di media sosial tidak disukai ibunya.

Semalam, Bieber mempamerkan beberapa foto yang menunjukkan proses pembuatan tatu baharunya di bahagian leher yang dibuat oleh Dr Woo.

Tatu itu mendapat pujian daripada peminat Bieber, namun ibunya Pattie Mallette ternyata tidak senang dan mempersoalkan perkara ini.

“Masih kurang tatunya?” kata Mallette sambil menampilkan emosi kurang senang di ruangan komen Instagram Bieber.

Menurut ET, Bieber dalam satu temubual sebelum ini berkata, dia merancang untuk menambah koleksi tatu di tubuhnya.

Perkara ini dilakukan Bieber dalam perancangan pelancaran album keenamnya, Justice.

Ketika itu, dia memberitahu sudah memikirkan satu tatu berbentuk buah pir untuk menghormati lagu kegemarannya dalam album itu.

Bieber mempunyai banyak tatu di tubuhnya iaitu di leher, lengan dan perut. Dia juga mengaku mempunyai tatu di bahagian ‘tubuh’ yang terlarang.

“Saya berjanji pada diri sendiri bahawa saya ingin mempunyai tatu di tangan,” katanya dalam satu temubual.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat