CYBERJAYA: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (KPUM), Dr Akmal Saleh menggesa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing meletak jawatan jika tidak boleh nak berfikir sensitiviti rakyat Malaysia.
Beliau juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memecat sahaja King Sing.
Dr Akmal mengulas beberapa keputusan King Sing yang mengiktiraf Bak Kut Teh sebagai hidangan warisan negara dan pemecatan Ketua Pengarah Pelancongan beberapa hari lepas.
“Daripada mengiktiraf bak kut teh menjadi hidangan warisan negara lebih baik mengiktiraf makanan lain seperti nasi goreng cina dan bantak lagi makanan yang boleh dimakan oleh semua rakyat di negara ini tidak kira kaum mahupun agama
“Jika menteri tidak boleh nak berfikir sensitiviti rakyat Malaysia dan apakah relevannya dalam membuat keputusan,sudah tiba masanya kita mohon agar PMX Anwar Ibrahim untuk pecat sahaja menteri,
‘Kerana jika KP pelancongan diturunkan pangkat sebab prestasi merosot,maka alasan yang sama boleh digunakan kepada menteri yang bukan sahaja merosot, tetapi menteri yang paling teruk dalam sejarah,
‘Menteri kong ka li kong lebih baik letak jawatan!!!,’ tegas beliau menerusi kenyataan Facebooknya, pada Khamis.-SUARATV