Budaya Ali Baba punca usahawan Bumiputera tak berjaya – Johari

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Konsep Ali Baba yang sudah meresap terlalu dalam didakwa menjadi punca utama majoriti usahawan Bumiputera gagal mengecap kejayaan seperti ahli-ahli perniagaan Cina.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ketirisan yang terjadi akibat budaya Ali Baba ini sudah berleluasa dan ia tidak mudah untuk diubah.

“Negara kita sudah merdeka 67 tahun, Bumiputera ada 70 peratus tapi kita masih lagi terperangkap dalam ekonomi seperti hari ini.

“Kita tak berjaya lahirkan usahawan seperti masyarakat Cina yang berjaya kerana mereka tekun dan fokus buat kerja,” katanya dalam Diskusi Madani 1: Aspirasi Perpaduan Memperkukuhkan Agenda Bumiputera sempena Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024), pada Khamis.

Johari mendedahkan, sebelum ini Melayu mempunyai banyak pilihan dan kebanyakannya memilih menyertai penjawat awam dan swasta serta turut ditawarkan peruntukan kerajaan.

“Melayu waktu itu banyak option, ramai jadi penjawat awam. Ada juga sertai sektor swasta. Bahkan turut dapat peluang peruntukan kerajaan,” katanya.

Johari menyatakan, konsep Ali Baba terjadi apabila Bumiputera ‘jalin kerjasama’ dengan bukan Bumiputera menjalankan perniagaan hasil daripada dana yang diperuntuk oleh kerajaan.

“Konsep Ali Baba berlaku kerana peniaga bukan Bumiputera diajak oleh usahawan Bumiputera gara-gara mereka tak pandai atau tak bersedia untuk berniaga.

“Maka, tidak hairanlah budaya Ali Baba meresap terlalu dalam. Ali Baba mula datang sikit, lama-lama makin meluas,” ujarnya.

Bekas Menteri Kewangan II itu juga turut berkongsi pengalamannya di Kementerian Kewangan.

“Waktu saya jadi Menteri Kewangan, dalam tempoh 25 tahun sebanyak RM1.7 trilion kontrak diperuntuk kepada usahawan Bumiputera.

“Kalau betul-betul dana diperuntuk kerajaan itu bagi kepada syarikat Bumiputera maka tak sepatutanya Bumiputera berada di peringkat ini.

“Lihatlah sekarang, syarikat mana yang berjaya di peringkat antarabangsa? Tapi tak boleh tengok orang kerja bagus kita dengki,” katanya.

Justeru, Johari menggesa kerajaan untuk memikirkan pangakalan data yang lengkap.

“Ini ada lah masanya kerajaan fikirkan proper database.

” Situasinya dapat projek besar, partner dengan bukan Melayu not really partnership maka berlaku ketirisan.

“Boleh cerita isu Bumiputera 50 tahun lagi, tak jadi apa sebab adanya usahawan yang tidak bertanggungjawab,” ujar Johari.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat