Sekecil mana maklumat tetap diambil kira, polis tak henti siasat kes Zayn Rayyan

- Advertisement -

KLANG – Lebih 200 keterangan dirakam berhubung kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dengan polis mengesahkan semua bahan-bahan dikumpul masih diteliti.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya juga tidak pernah menghentikan siasatan kes itu dengan setiap maklumat walau sekecil mana pun tetap diambil kira.

Bagaimanapun beliau berkata, ketika ini belum ada perkembangan terbaharu mengenai kes itu.

“Kita masih menilai bahan bukti dikumpul. Macam saya cakap tempoh hari, kita tidak pernah berhenti menyiasat dan (anggota) masih di lapangan berjumpa masyarakat setempat jika ada sebarang maklumat tertinggal, walau sekecil mana pun.

“Lebih 200 orang kita sudah panggil (untuk dirakam keterangan). Daripada awal memang kita ‘scan’ kedua-dua blok (pangsapuri) berkenaan, jadi memang ramai (diambil keterangan),” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd Shuhaily mengesahkan 285 ditahan termasuk warga asing menerusi Op Pintas Mega bagi menangani jenayah pemerdagangan orang di seluruh negara.

Ia susulan 42 serbuan dengan kerjasama Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Alam Sekitar, Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor.

“Seramai 64 mangsa membabitkan warga Filipina, Indonesia, bangladesh, Kemboja dan Myanmar diselamatkan dengan empat daripadanya orang kurang upaya (OKU) mengikut Seksyen 44 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007).

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 dan 14 Akta ATIPSOM 2007, selain Seksyen 55B, Seksyen 15(1)(C) dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat