UMNO/BN Parti ‘Gentleman’, Kata Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas parti Pejuang yang diterajui bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai parti serpihan UMNO.

Zahid melalui laman Facebook sebentar tadi berkata penubuhan parti tersebut adalah bertujuan untuk kepentingan peribadi.

“Mula-mula marah ROS sebab belum luluskan pendaftaran parti dia – Parti Pejuang.

“Kemudian boleh kata pula terlalu banyak parti politik di Malaysia tak bagus untuk demokrasi.

“Realitinya, parti-parti baharu dari serpihan UMNO ditubuhkan oleh orang yang sama dan kuncu-kuncu dari DNA Umno. Semuanya untuk mencapai kepentingan peribadi,” katanya memetik kenyataan tersebut.

Zahid turut menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti yang ‘gentleman’ kerana berpegang teguh dengan keluhuran demokrasi.

“Bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) kita membentuk gagasan Malaysia sejahtera.

“Cuma bezanya UMNO/BN tidak pernah mengelat. Berpegang teguh kepada keluhuran demokrasi.

“Sebab itu kerajaan BN dulu tidak sekat pendaftaran PPBM. UMNO/BN parti “gentleman”.

“Yang tak demokrasi dan tak “gentleman” adalah mereka yang cuba membatalkan pendaftaran UMNO.

“Kita bersama-sama tetap mempertahankan parti keramat bangsa ini demi agama dan negara tercinta,” katanya lagi.

Melalui kemaskini yang sama, Zahid turut memuatnaik keratan akhbar yang memaparkan Presiden (Penaja) Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mengemukakan rayuan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung penolakan pendaftaran parti itu.

Awal Januari lalu, Mukhriz berkata tidak menolak andaian penolakan parti itu ekoran campur tangan politik kerana bimbang Pejuang bakal memberi ancaman kepada parti lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat