Stadium Tertutup MBPG Jadi Pusat Kuarantin

- Advertisement -

JOHOR BAHARU: Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dijangka dijadikan sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu berkata, pihaknya menjangkakan ia akan beroperasi dalam tempoh terdekat.

“Benar. Masih dalam proses persiapan dan melengkapkan.

“Kapasiti dan tarikh beroperasi belum ditentukan, tapi cuba dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menerusi laman sosial Facebook (FB) rasminya memuat naik lawatan kerja ke Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Kenyataan itu turut memaklumkan lawatan dihadiri Pegawai Kanan JKNJ, MBPG, Pejabat Daerah Johor Bahru, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Setiausaha Kerajaan (SUK) Pengurusan Johor.

“Ia bertujuan penyediaan PKRC COVID-19 Johor. Semoga usaha ini berupaya membendung penularan Covid-19 di Johor,” kata kenyataan itu – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat