Pati Sorok Rokok Seludup Dalam Rumah

- Advertisement -

PORT DICKSON: Seorang lelaki warga India ditangkap kerana memiliki rokok seludup dan gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, sepasukan polis dari Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah rumah di Taman Politeknik, Port Dickson kerana disyaki memiliki rokok seludup pada 2.05 petang semalam.

“Di dalam serbuan itu, polis menahan seorang lelaki warga India berusia 35 tahun dan merampas 265 karton rokok seludup pelbagai jenama.

“Tangkapan dan rampasan kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan dianggarkan RM10,000,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63.

Menurutnya, suspek ditahan reman di Lokap Lukut untuk siasatan lanjut bagi mendapatkan pengesahan Jabatan Imigresen Malaysia – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat