EPL: Skuad Jurgen Kloop Akhiri Kemarau Kemenangan

- Advertisement -

LONDON: Liverpool menamatkan deretan lima perlawanan tanpa kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Tottenham 3-1 dan kembali dalam kelompok empat teratas.

Juara bertahan itu gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan terakhir liga mereka, tetapi Jurgen Klopp berkata dia kembali mengenali skuad kendaliannya selepas Roberto Firmino menamatkan kemarau jaringan 492 minit dengan gol di akhir babak pertama.

Penyerang Spurs Harry Kane dua kali menerima rawatan di babak pertama akibat kecederaan buku lali dan akhir dikeluarkan oleh Jose Mourinho ketika rehat.

“Dua kecederaan di kedua-dua buku lali, yang kedua lebih teruk daripada yang pertama. Beberapa minggu, saya tidak pasti.

“Ada pemain yang tidak boleh diganti, ia sudah terjadi tetapi saya percaya kami perlu menghadapinya,” kata Mourinho.

Deretan keputusan paling buruk Liverpool dalam saingan liga sejak tahun 2017 menyaksikan mereka tergelincir ke tangga kelima sebelum sepak mula, dengan Klopp mengakui keutamaannya adalah memastikan tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

“Apa yang saya lihat hari ini bukanlah berkenaan bentuk atau prestasi tetapi tentang siapa kami sebenarnya.

“Itulah diri kami, terutama di babak kedua. Malam ini kami meruntuhkan tembok – itu bagus. Mudah untuk kita hilang keyakinan, tetapi tidak mustahil untuk bangkit.

“Ia tidak seperti lampu di mana anda boleh memetik suis buka dan tutup. Anda perlu menunjukkannya pada masa yang tepat,” kata Klopp.

Kepulangan ke Liga Juara-Juara turut menjadi sasaran Mourinho, tetapi peluang Tottenham kini bergantung kepada berapa lama Kane terpaksa direhatkan.

Kane dan Son Heung-min adalah gandingan berbisa dalam Liga Perdana musim ini dan hampir membuka jaringan di awal permainan sebelum pemain Korea Selatan itu didapati ofsaid oleh VAR.

Sadio Mane membuat umpanan untuk jaringan pertama Firmino dalam lapan perlawanan.

Trent Alexander-Arnold meledak gol kedua pasukannya tetapi Pierre-Emile Hojbjerg kembali merapatkan jurang buat Spurs.

Mane memastikan kemenangan buat Liverpool dan memintas West Ham, lawan yang akan ditemui Ahad ini. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
2,269FollowersFollow
27,593FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat