Keluar Parti, Keahlian Dua Adun Warisan Terbatal Automatik

- Advertisement -

KOTA KINABALU –  Keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap dan Limbahau dalam Parti Warisan (Warisan) terbatal secara automatik.

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto S Padua berkata, berdasarkan perlembagaan parti jika sudah mengumumkan keluar maka keahlian terbatal.

“Mereka tidak perlu lagi hantar surat untuk memaklumkan parti,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung tindakan Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony mengumumkan keluar Warisan bersama ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim.

Sementara itu, ketika diminta mengulas sama ada keputusan kedua-dua ADUN berkenaan sudah dimaklumkan kepada Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, beliau berkata, perkara itu harus dirujuk kepada mereka sendiri.

“Itu kena tanya Datuk Peter atau Juil kalau mereka ada berhubung dengan presiden,” katanya.

Peter pada Selasa mengumumkan keluar parti dan menubuhkan parti baharu mesra Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada awal Januari ini.

Keputusan itu dibuat bersama Juil bagi membentuk parti yang memberi fokus kepada masyarakat Kadazan, Dusun, Murut (KDM) terutamanya di kawasan pedalaman Sabah. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat