Sokong PM dapat peruntukan itu kategori rasuah – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan segala pemberian adalah bersifat rasuah kerana ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tidak isytihar sokongan terhadap Perdana Menteri tidak menerima peruntukan seperti yang menyokong.

Bekas Perdana Menteri itu membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini menafikan sokongan ahli Parlimen Bersatu terhadap beliau bukan kerana disogok.

“Kata Perdana Menteri, sokongan oleh wakil rakyat Parti Bersatu bukan kerana disogok. Tetapi wakil rakyat Bersatu yang beralih sokong PM ke-10 mengaku mereka diberi peruntukan untuk kawasan mereka yang biasanya diberi kepada wakil rakyat kerajaan sahaja.

“Ada pemberian lain juga diakui oleh wakil rakyat Bersatu.

“Segala pemberian ini tetap rasuah kerana yang tidak sokong Perdana Menteri tidak dapat,” bidas Dr Mahathir.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan empat Ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengisytiharkan sokongan kepada Kerajaan berbuat demikian atas kerelaan sendiri.

Anwar berkata, tindakan itu dilakukan selepas mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti mereka sendiri.

Katanya, Ahli Parlimen yang bertukar sokongan kepada pentadbirannya bukan seperti yang direka oleh arkitek ‘Langkah Sheraton’ sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

“Dalam ‘Langkah Sheraton’ mereka secara terbuka mengakui, mana-mana pihak yang bertukar sokongan akan diberi ganjaran (jawatan dan habuan lain).

“Bagaimanapun, dalam kes empat Ahli Parlimen itu, ia berlaku selepas mereka melihat sendiri apa yang berlaku (di kem Pembangkang),” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat