Samsuri ada persona untuk jadi PM masa depan – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ada kelayakan dan personaliti yang baik untuk memimpin negara pada masa depan.

Bekas Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU, berkata keputusan PN dan PAS menamakan Menteri Besar Terengganu berkenaan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman adalah antara langkah dan strategi ke arah itu dalam usaha mengukuhkan kekuatan PN di peringkat nasional.

“Tak boleh dinafikan akan ada masa, saya kira mungkin kalau PN nanti mencipta sejarah atau sama ada sementara nak sampai PRU16 (Pilihan Raya Umum ke-16). Harapan kita pasti untuk menang besar dan membentuk kerajaan, jadi semua langkah-langkah yang diambil ini antara langkah-langkah strategi.

“Ini akan memberi gambaran kepada rakyat keseluruhannya bahawa kita ada ramai tokoh bijaksana yang berkemampuan, terpuji sikapnya, berkelayakan profesional dan sebagainya,” katanya di Chukai, Kemaman lapor BH.

Dalam pada itu, Muhyiddin yakin majoriti yang lebih besar mampu dicapai pada PRK ini berdasarkan keputusan PRU15 lalu.

Beliau percaya, pengundi di Parlimen Kemaman lebih mengenali Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang dan antara pemimpin mempunyai masa depan yang cukup baik, bukan sahaja di Terengganu, tetapi juga di peringkat Pusat.

PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini menyaksikan pertembungan PAS dengan Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat