Tahniah industri tembakau, vape anda telah menang – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan nada kecewa mengucapkan tahniah kepada industri tembakau dan vape kerana telah menang.

Ini susulan Dewan Rakyat pada hari ini 28 Nov dijadual akan membahaskan “versi pindaan” Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau lebih dikenali sebagai RUU Generasi Penamat (GEG) untuk bacaan kali pertama.

“Hari ini adalah hari yang menyedihkan. Saya mencipta GEG untuk kesihatan awam dan Rang Undang-undang yang saya bawa ke Parlimen yang mengandungi GEG dan langkah-langkah untuk mengawal selia penjualan vape mendapat sokongan daripada komuniti kesihatan awam.

“Apa-apa pun, tahniah kepada big tabacco dan industri vape. Anda telah menang,” ujarnya kecewa.

Beliau menjelaskan bahawa komuniti kesihatan awam mahu vape diharamkankan, dan berhenti sepenuhnya.

“Tetapi kami berjaya mencari jalan tengah di mana kami memasukkan peruntukan GEG. Sekarang, itu semua telah digugurkan.

“Jadi, penjualan vape akan dikawal selia tetapi kita terlepas untuk meluluskan undang-undang penting untuk kesihatan awam.

“Kabinet menggunakan hujah yang dikemukakan oleh Peguam Negara yang mengatakan bahawa GEG adalah tidak berperlembagaan dan saya telah menjelaskan hujah berkenaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat