Srikandi Muda wadah baru pacu kejayaan anak muda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sempena persidangan agung kali ketiga hari ini Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) melancarkan Srikandi Muda.

Pelancaran disempurnakan Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun.

Pengerusi Biro Srikandi Muda, Datin Ema Syuhaili Sukor berkata, Srikandi Muda adalah wadah baharu dalam mengemudi anak muda ke destinasi puncak kejayaan.

“Dibarisi oleh pasukan kepimpinan yang sentiasa berkerja keras untuk memastikan hasrat kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mahu cakna kepada kejayaan kelompok muda di negara kita.

“Srikandi Muda ini adalah harapan kita. Menjadi semangat yang mampu membawa parti untuk terbang lebih tinggi, dan mustahil berpatah arang dalam perjuangan membawa panji-panji rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, Srikandi Muda akan disemarakkan dengan meningkatkan gerak kerja untuk wanita-wanita muda, anak bangsa di negara kita.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat