POCO M3 Dengan Skrin FHD+ 6.53 inci, Bateri 6000mAh, Di Malaysia Bermula RM599

- Advertisement -

POCO baru sahaja mengumumkan peranti mampu milik untuk pasaran tempatan iaitu POCO M3. Telefon ini dilengkapi skrin IPS LCD FullHD+ 60Hz berukuran 6.53 inci dengan nisbah skrin ke badan 90.34%. Peranti ini turut dikuasakan oleh cip Snapragon 662, pilihan memori 64GB/4GB RAM dan 128GB/4GB RAM serta menawarkan bateri yang cukup besar iaitu 6000 mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Untuk kamera, peranti mampu milik ini menawarkan kamera utama 48MP yang turut dibantu dengan sensor makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Di bahagian hadapan, terdapat kamera 8MP untuk mengambil gambar selfie. Fungsi lain yang terdapat pada POCO M3 termasuk dual-band Wi-Fi, Bluetooth 5.0, Infrared, FM radio serta pengimbas cap jari di sisi. Spesifikasi penuh POCO M3 seperti dibawah.

Spesifikasi Dan Harga POCO M3

  • Skrin 6.53-inci, resolusi 2340×1080 pixels FullHD+, nisbah 19.5:9 dengan Corning Gorilla Glass 3
  • Pemproses Octa-Core Snapdragon 662 (11nm) dengan Adreno 610 GPU
  • 4GB RAM dengan pilihan memori 64GB (UFS 2.1) atau 128GB (UFS 2.2) serta slot tambahan microSD sehingga 512GB
  • Sokongan Dual SIM
  • Platform Android 10 Dengan MIUI 12
  • Kamera utama 48MP f/1.79, 2MP kamera bokeh, 2MP kamera makro
  • 8MP kamera selfie dengan bukaan f/2.05
  • Pengimbas cap jari disisi
  • 3.5mm audio jack, FM Radio, Stereo speaker
  • Dual 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11 ac, Bluetooth 5, GPS + GLONASS, USB Type-C
  • Bateri 6000mAh dengan pengecas 18W
  • Harga bermula RM599 untuk model 4GB/64GB dan RM699 untuk 4GB/128GB

POCO M3 boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Cool Blue, Poco Yellow dan juga Power Black. Untuk pasaran Malaysia, peranti ini ditawarkan pada haraga berm,ula RM599 untuk model 4GB/64GB dan RM699 untuk 4GB/128GB yang boleh didapati di Lazada bermula 27 November.

MersaMobile.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat