Ruhainies selesa tumpu kerjaya seni

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Ruhainies, 30, akui privasinya kian hilang selain kisah karier tenggelam apabila lebih banyak berkongsi mengenai kisah peribadi terutama hal percintaannya tidak lama dulu.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas anggap perkongsian sebegitu normal sebagai memenuhi permintaan ramai tapi sebaliknya menjerat diri.

“Sebelum ini saya kongsi sebab saya pernah berjanji bila jumpa seseorang (kekasih), semestinya mahu kongsilah. Tapi saya lebih banyak dapat reaksi negatif berbanding positif.

“Privasi saya pun hilang dan rasa tak senanglah pada aspek itu. Dia pun sukakan privasi dan minta kurangkan kongsi pasal kami. Saya hormat permintaannya.

“Saya pun risau dan berhati-hati juga, risaulah kalau tiba-tiba tak jadi, kita tak mintalah. Mungkin jodoh saya orang lain, jodoh dia orang lain, kita tak tahu,” katanya.

Ruhainies berkata, sejak berkongsi mengenai percintaannya sebelum ini, perhatian orang terhadap kariernya makin tenggelam. Orang lebih fokus kepada hal peribadinya.

“Padahal saya masuk industri untuk tonjolkan bakat dan lakonan adalah kesungguhan saya. Tak naklah orang fokus kepada kehidupan peribadi saya berbanding karier.

“Penat selama ini saya cuba naikkan nama, beri yang terbaik dalam industri, tapi fokus ke situ pula. Itulah sebab lebih baik saya fokus kepada karier dululah,” katanya.

Apabila sudah tidak terlalu terbuka berkongsi pasal kehidupan peribadi, Ruhainies berkata sekarang orang lebih fokus kepada kariernya.

“Saya jauh lebih gembira dan kenapa tidak teruskan pendekatan begitu saja. Lagi orang tahu mengenai kita, sebenarnya orang akan cuba menjatuhkan kita.

“Kalau perasaan saya memang hentikan kongsi kisah peribadi, banyak sangat beza. Orang lebih tanya pasal drama berbanding kisah kahwin,” katanya.

Ruhainies ditemui pada sidang media pratonton siri Sorry Naik Lori arahan Aidilfitri Mohamed Yunus terbitan iQIYI, baru-baru ini.

Siri 15 episod itu ditayangkan bermula 4 November ini di aplikasi iQIYI dan iQIY1 International bersama episod baharu yang akan disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat