Dituduh sokong LGBT, Mujahid saman PAS

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof mengambil tindakan undang-undang ke atas PAS ekoran pelbagai dakwaan yang dibuat parti itu.

Menurut Mujahid, surat tuntutan itu dihantar kepada PAS melalui firma guaman Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir, semalam.

“Pihak Pejabat Agung PAS juga telah mengaku terima surat tuntutan tersebut,” katanya dalam hantaran di Facebooknya malam tadi.

Menjelaskan tindakannya itu, Mujahid yang juga naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) memberi tempoh 48 jam kepada PAS untuk melakukan beberapa perkara termasuk memadamkan tulisan yang dianggap sebagai fitnah.

Penyandang Parlimen Parit Buntar itu juga menuntut agar tulisan yang mengaitkan dirinya dengan kumpulan LGBT ditarik balik, selain PAS perlu membuat permohonan maaf kepadanya.

Beliau juga menuntut PAS membayar ganti rugi atas kerosakan reputasi yang disebabkan oleh tulisan berkenaan.

“Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sama kepada mana-mana pimpinan PAS yang tidak serik-serik membuat tulisan-tulisan fitnah dan mengaitkan saya dengan LGBT,” ujarnya lagi.

Kenyataan Mujahid itu merujuk kepada tulisan “Mantan Menteri Agama PH Sokong Eljibiti?” dan ditularkan oleh akaun Facebook PAS pada 16 Oktober lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat