Ketua Pesuruhjaya SPRM Dilantik Ahli BoG, IACA 2021-2024

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki dilantik sebagai ahli Board of Governors (BoG), International Anti-Corruption Academy (IACA) bagi tahun 2021-2024.

Perkara itu dimaklumkan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) menerusi satu kenyataan hari ini.

Pelantikan itu diumumkan pada Mesyuarat Resumed 10th Session of the Assembly of the Parties yang diwakili Ketua Pengarah GIACC, Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan berlangsung di Vienna International Center, Vienna, Austria semalam.

Mohd. Sallehhuddin ketika berucap pada mesyuarat itu berkata, Malaysia amat komited dan menyokong IACA dalam program akademiknya.

“Malaysia adalah antara negara pertama yang menandatangani Perjanjian Penubuhan IACA sebagai organisasi antarabangsa dan telah meratifikasi Perjanjian Penubuhan IACA sebagai pertubuhan antarabangsa pada November 2011.

“Oleh itu, saya percaya dan yakin dengan pemilihan ini, Datuk Seri Azam Baki akan dapat berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam bidang pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang antirasuah,”katanya.

BoG adalah antara entiti terpenting IACA yang berperanan untuk memastikan keberkesanan dasar dan strategi yang relevan bagi pelaksanaan inisiatif dan pembangunan kapasiti dalam bidang governans dan antirasuah. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,585FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat