Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 1,696 orang

- Advertisement -

ALOR SETAR – Mangsa banjir di Kedah terus menunjukkan peningkatan apabila 1,696 mangsa daripada 494 keluarga ditempatkan di 12 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah.

Jumlah itu dilaporkan setakat jam 4 petang tadi.

Satu lagi PPS dibuka di Baling iaitu di Surau An Nur yang menempatkan 305 daripada 73 keluarga.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, tiga lagi PPS di Baling iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Iboi masih kekal menempatkan 103 mangsa daripada 40 keluarga.

Katanya, PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai pula menempatkan seramai 139 mangsa daripada 44 keluarga manakala PPS SK Kampung Keda pula menempatkan seramai 144 mangsa daripada 40 keluarga.

“Mangsa banjir di Pokok Sena pula ditempatkan di SK Bukit Hijau seramai 249 mangsa daripada 68 keluarga manakala PPS Maahad Tarbiyah Derang pula menempatkan seramai 148 mangsa daripada 40 keluarga dan SK Permatang Limau pula menempatkan seramai 15 mangsa daripada empat keluarga.

“Di daerah Kota Setar pula, PPS SK Taman Aman menempatkan seramai 267 mangsa daripada 95 keluarga manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas pula menempatkan seramai 41 mangsa daripada 16 keluarga,” katanya.

Muhammad Suhaimi berkata, di Kubang Pasu, PPS di Dewan Kampung Tradisi ditutup sepenuhnya jam 1 petang tadi.

Beliau berkata, PPS di SMK Changlun menempatkan seramai 83 mangsa daripada 23 keluarga manakala di PPS SK Malau pula menempatkan seramai 143 mangsa daripada 33 keluarga.

“PPS di Dewan PPK Lubuk Batu pula menempatkan 59 mangsa daripada 22 keluarga,” katanya. – HMetro

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat