Strategi UMNO sesuai keadaan semasa -Shahril

- Advertisement -

PETALING JAYA: UMNO sentiasa cakna dan akan menyesuaikan sebarang pendekatan strategi dengan keadaan politik semasa.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, UMNO tidak jumud tetapi ia sebuah parti yang dinamik dalam politik yang dinamik.

“Pendirian awal adalah kita tetap kita akan mempertahankan kerusi-kerusi yang kita menang dan pendirian itu tidak lagi berubah,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad tentang parti itu yang menolak sebarang muafakat berpecah sekali gus teguh mempertahankan Perikatan Nasional (PN) di samping mengukuhkan Muafakat Nasional (PN).

Katanya, Pas mengambil pendirian untuk kekal menjadi penyatu kepada UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Pas mahu jadi penyatu kepada dua pihak kerana kalau berlaku perpecahan, Pakatan Harapan (PH) akan memerintah semula.

“Oleh sebab itu Pas berharap UMNO-Bersatu dapat bersama kerana kita yakin dan percaya apabila sesebuah pakatan kuat maka keadilan dapat dinikmati oleh orang Melayu-Islam di samping bukan Islam,” katanya.

Shahril berkata, UMNO sudah lama mengetahui pendirian Pas yang tidak mahu memilih antara UMNO atau Bersatu.

“Sebagai rakan dalam MN, kita tak boleh memaksa parti sahabat kita andai kata mereka tak mahu memilih.

“Namun, UMNO sendiri perlu menyesuaikan pendekatannya apabila melihat senario terkini supaya perjuangan dan kebarangkalian menang lebih tinggi,” ujarnya.

– UTUSAN ONLINE

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat