Populariti bukan penentu kualiti

- Advertisement -

SERINGKALI terperangkap antara populariti dan kualiti, pengarah Eoon Shuhaini bagaimanapun kini boleh bernafas lega dengan keprihatinan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa yang mengharapkan industri kreatif memberi satu platform yang sama rata bagi semua pelakon.

Menerusi Twitternya, Annuar meminta peluang perlu diberikan baik kepada pelakon yang baharu masuk dengan sejuta pengikut ataupun mereka yang berbakat tanpa pengikut ramai di media sosial.

Tindakan ini katanya, bertujuan untuk memeriahkan dan menaikkan mutu produksi industri seni tanah air.

Eoon, pengarah drama Love You Mr Arrogant yang pernah menjadi fenomena berkata, dia gembira Annuar memahami isu yang sudah lama berlarutan ini.

“Beliau menyedari tak semestinya pengikut jadi ukuran. Itu sebenarnya salah satu cara stesen TV mencari penonton. Salah satu kaedahnya ialah melihat kepada pengikut.

“Tapi, orang yang banyak pengikut kadangkala tiada ilmu untuk berlakon. Bukan tak boleh, tapi penerbit kena hantar pergi kelas atau minta dia pergi kelas lakonan untuk dapatkan ilmu seni lakon itu.

“Biasanya orang yang banyak pengikut ini hanya cantik, kacak dan bakatnya hanya setakat itu. Apabila dipanggil untuk berlakon, mereka ada malu-malu depan kamera,” katanya.

Menurut Eoon lagi, mereka tidak memahami banyak aspek dalam teknikal dan pengarah kena membuat banyak kerja untuk mengajar mereka.

“Saya amat pentingkan perkara ini. Namun, sebaliknya orang yang berbakat sebenarnya boleh pergi jauh walaupun tanpa pengikut.

“Pengikut ini sebenarnya sukakan orang yang cantik dan kacak saja. Contohnya seorang pempengaruh dikenali sebagai Wan Lebo.

“Kalau kita tengok video dia ataupun di Instagram, memang dia boleh berlakon dan ada bakat. Tapi, apabila kita panggil untuk berlakon, dia agak susah dan terbawa-bawa watak dalam Instagram,” katanya.

Eoon berkata, Wan Lebo gagal memahami apa itu lakonan dan menyangka berlakon itu mudah.

“Apabila saya terangkan kepada dia begitu begini dan kena buat banyak kali, dia jadi agak sukar. Biasanya untuk rakaman video di Instagram atau Instagram langsung mereka hanya buat sekali.

“Bila kena dua tiga kali, mereka akan kekok dan lepas itu emosi akan menurun. Jadi, saya perlu ajar individu hebat di media sosial ini cara untuk kekalkan emosi walaupun berulang kali dibuat. Perkara itu yang perlu mereka tahu.

“Konti (kesinambungan) yang dimaksudkan bukan hanya pakaian dan pergerakan, tapi kesinambungan pada ‘mood’ juga perlu ada. Contohnya, dia marah orang walaupun dalam cara kelakar. Untuk kali pertama mungkin okey. Tapi, bila buat dua tiga kali, dia dah jadi lain,” katanya.

Eoon yang terbabit dalam drama bersiri seram, Malaysian Ghost Stories untuk episod Ulek Mayang berkata, dia terpaksa membuka kelas lakonan di set untuk mengajar Wan Lebo.

“Bila dah faham sikit baharu dia boleh melakonkan wataknya. Banyak yang begitu. Tidak terkecuali juga Nabila Razali. Dia banyak pengikut kerana dia penyanyi.

“Dia memang boleh berlakon, tapi tiada rasa. Saya terangkan kepada dia pelbagai perkara, seperti kenal watak dan kena jadi orang lain bukan diri sendiri.

“Disebabkan dia ada asas dalam nyanyian, dia faham. Saya terangkan kepadanya, penyanyi senang jadi pelakon sekiranya faham ilmu lakonan sebab ada kesamaan dan kesinambungan, sama macam menyanyi yang ada rangkap suara tinggi dan permainan dalaman,” katanya.

Justeru, Eoon berkata, dia juga pernah menyarankan Nabila supaya mengambil kelas lakonan singkat sekitar dua hari dengan pelakon versatil, Fauziah Nawi untuk memahami kaedah berlakon di set.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat