Semua komponen BN-PH turun berkempen di DUN Mahkota

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seluruh jentera parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan terutamanya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan digerakkan sepenuhnya bagi memenangi hati dan sokongan pengundi di DUN Mahkota dari kalangan pelbagai kaum dan agama.

Sekretariat Kerajaan Perpaduan sebulat suara menyatakan sokongan penuh kepada calon BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota, mewakili Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bakal dinamakan oleh kepimpinan tertinggi BN dalam masa terdekat.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki juga memaklumkan mesyuarat memperakui struktur jentera Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil N.29 DUN Mahkota dengan menamakan Pengarah PRK iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Penyelaras Jentera Pakatan Harapan, Aminolhuda Hassan.

“Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang berlangsung pada 27 Ogos 2024 di Seri Perdana, Putrajaya telah mengadakan perbincangan dan membuat beberapa ketetapan antara lain ialah mesyuarat menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional kerana memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri dengan majoriti besar.

“Mesyuarat turut memandang serius isu-isu mengenai 3R dan menegaskan akan menumpahkan taat setia serta terus mempertahankan kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat