kumpulan The Alif adalah kumpulan muzik bergenre rock dan britpop yang telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan masih lagi bergerak aktif menghasilkan lagu-lagu hingga ke hari ini, Kini kumpulan The Alif telah bergerak selangkah ke depan dan menghasilkan album pertama mereka yang berjudul “Menakluk Jagatraya”.
Album”menakluk Jagatraya” kini berada di seluruh digital platform muzik dan juga rilisan dalam bentuk fizikal (CD), album yang mengandungi 8 buah lagu ini telah mengambil masa selama satu tahun untuk proses menyiapkan segala rakaman lagu dan persiapan dalam pembuatan album Menakluk Jagatraya.
The Alif yang dianggotai oleh Ijoy (Pemain Bass & Keyboard) Shah Chacha (Drum) dan Jay Cugat (Pemain Gitar) dan akhir sekali King (Vokalis).
“Jagatraya yang bermaksud (Seluruh Dunia) adalah definisi misi kami untuk menakluk telinga pendengar muzik di seluruh dunia untuk mendengar dan menyukai karya karya kami,” ujar King selaku ketua kumpulan The Alif.
“Untuk konsep album kami masih mengekalkan muzik rock dan britpop seperti lagu lagu kami sebelum ini, tapi kami telah membuat sedikit penambaikan dari segi bunyi dan sedikit injeksi moden untuk kami kekal relevan dan segar di telinga pendengar muzik.”
“Antara cabaran dalam rakaman ini adalah dari kos dan masa, ini kerana semua kos rakaman dan penerbitan adalah dari duit poket kami sendiri, ia sedikit sebanyak memberi cabaran yang sukar untuk kami tempuh, tapi atas berkat kesabaran dan kesefahaman kami berjaya menyelesaikan album ini dengan baik.”
“Studio Hotsound adalah tempat kami melakukan proses rakaman alat muzik dan juga rakaman suara, untuk rakaman kami dibantu oleh jurutera bunyi iaitu saudara Ikhwan Rosli dan untuk mixing dan mastering kami telah menggunakan khidmat saudara Muhd A Husni dan juga saudara Mokhtar, hasil kerja mereka sedikit sebanyak membuat lagu lagu di dalam album Menakluk jagatraya lebih segar dan sedap di dengar.”
“kami juga akan melancarkan muzik video kesemua lagu lagu di dalam album ini, secara berperingkat untuk pendengar lebih rasa perjalanan lagu lagu dalam album ini, dan lagu Ratna dipilih sebagai single pertama The Alif, kami berharap album pertama kami mendapat sambutan dan peluang kepada semua pendengar muzik tanah air.”
Album The Alif – Menakluk Jagatraya boleh didengari diseluruh digital platformmuzik antaranya (Spotify, Joox, Apple Music, Youtube, KK Box & Deezer)