Agenda Kemakmuran Bersama Negara Fokus Utama Mastura

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Tan Sri Yazid yang dilantik Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tugas-Tugas Khas bertekad akan mempastikan Agenda Kemakmuran Bersama Negara berjaya mencapai matlamatnya.

katanya, untuk mempastikan matlamat itu berjaya dicapai, beliau akan bekerjasama erat bersama Menteri di JPM Tugas-Tugas Khas, Datuk Abd Latif bin Ahmad.

Sementara itu, beliau menjunjung kasih ke bawah DYMM Yang DiPertuan Agung diatas perkenan lantikan semula ke Jabatan Perdana Menteri, Tugas-Tugas Khas.

”Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri diatas kepercayaan melantik saya membantu beliau di Jabatan Perdana Menterinya.

”Sesungguhnya iltizam saya untuk bersama-sama Agensi Pengurusan Bencana, NADMA dan Angkatan Pertahanan Awam, APM sebagai agensi barisan hadapan bencana negara akan saya perkukuh demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat.

“Saya juga akan terus berusaha menjayakan ‘Agenda Kemakmuran Bersama Negara’ melalui SEPADU, ‘Agenda Kemakmuran Bumiputera’ melalui TERAJU dan ‘Agenda Kesamarataan Peluang Pendidikan Berkualiti’ melalui PENERAJU bersama-sama Yang Berhormat Menteri, Datuk Abd Latif Bin Ahmad.” Katanya melalui kenyataan Facebooknya.

Dalam pada itu, Mastura mengucapkan Terima Kasih kepada Rakyat Parlimen Kuala Kangsar di atas sokongan berterusan sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen di sana.

“Saya akan berusaha memperjuangkan kesejahteraan Rakyat Malaysia.

”Moga Rakyat Kualé sentiasa dalam lindungan dan rahmah Allah SWT.

“Saya mohon titipan doa dari semua untuk terus kuat hadapi apa jua cabaran dan sentiasa menerima hidayah dariNya, Allah yang Maha Berkuasa. Kepada Allah SWT jua saya berserah.” Katanya lagi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat