Dua Lokaliti Di Sabah, Tiga Di Kelantan Dikenakan PKPD Bermula Ahad – MKN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dua lokaliti di Sabah dan tiga lokaliti di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Ahad ini hingga 11 Sept, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad.

Beliau berkata PKPD di Sabah melibatkan Kampung Debut di Ranau dan Kampung Tindai Kolopis di Penampang.

“Tiga lokaliti di Kelantan pula ialah dua di Mukim Pasir Mas iaitu Kampung Bayu Lalang dan Kampung Banggol Kemian (sebahagian kampung sahaja) dan satu lokaliti di Mukim Gual Periok iaitu Kampung Repek (sebahagian kampung sahaja),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Rodzi berkata PKPD di dua lokaliti di Sabah iaitu Kampung Brunei, Membakut di Beufort dan Kampung Manggaris 2 di Kota Marudu yang sepatutnya berakhir esok dilanjutkan sehingga 11 Sept ini, namun PKPD di 11 lokaliti lagi di negeri itu ditamatkan esok seperti dijadualkan.

Lokaliti itu adalah Kampung Siasai Dundau di Kota Belud; Rumah Kongsi Tapak Bina Prima, Lumat di Beaufort; Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak di Tawau; Kampung Sembulan Tengah & Lama di Kota Kinabalu; Kampung Rancangan Kalabakan di Kalabakan; Lorong Mat Salleh Batu 2, Jalan Apas di Tawau; Kampung Contoh di Putatan; Kampung Darau, Menggatal di Kota Kinabalu; Kampung Pulutan dan Kampung Mansiang di Menggatal, serta tapak bina Hyatt Centric.

Rodzi berkata PKPD di Jalan Blue Valley-Lojing, Cameron Highlands di Pahang turut ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

“PKPD di Kampung Lela Jasa, Mukim Olak Jeram, Kuala Krai di Kelantan dan Bandar Sinsuran, Kota Kinabalu di Sabah juga ditamatkan esok, lebih awal daripada yang dijadual,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat