Kami Akan Kembali Ambil Alih Kerajaan Pusat Kata Mat Sabu

- Advertisement -

Tanjung Malim – Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendakwa kerajaan persekutuan hari ini pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai kerajaan kelam-kabut dan tidak ada nama.

“Kita tak tahu kerajaan hari ini nak bawa kita ke mana. Sekarang ini kerajaan yang ada ini tidak ada nama.

“Hari ini (semalam) MIC umum mereka tak akan menyertai Perikatan Nasional (PN). UMNO pula umum: ‘Kami bertanding di semua kerusi yang kami menang, satu kerusi pun tidak akan bagi Bersatu.

“Kemudian (bekas menteri besar) Ahmad Said berkata UMNO nak bertanding di semua kerusi di Terengganu. Pakat macam mana ini?” katanya semasa berucap di ceramah perdana di Felda Trolak Utara malam tadi.

Turut hadir bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Menurut Mohamad, orang ramai ketika ini keliru dengan apa yang berlaku dalam gabungan PN kerana dilihat tidak tersusun seperti sepatutnya, termasuk dalam kalangan parti komponennya.

“Kita tidak tahu mereka ini gabungan apa? Kerajaan hari ini kerajaan yang paling kelam-kabut,” katanya.

Ahli Parlimen Kota Raja dan bekas menteri pertahanan itu hadir berkempen untuk calon bebas mewakili pembangkang, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu. Pengundian ditetapkan pada 29 Ogos.

Amir Khusyairi akan berdepan calon BN, Mohd Zaidi Aziz dan seorang lagi calon bebas, Santharasekaran Subramaniam, manakala Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan calonnya.

Berucap di hadapan lebih 1,000 hadirin, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut membuat jenaka bahawa kerajaan hari ini bernasib baik kerana penularan koronavirus.

Dengan adanya wabak berkenaan, katanya, kerajaan sekarang mempunyai alasan untuk mengaburi orang ramai apabila keadaan ekonomi tidak berkembang seperti diharapkan.

“Nasib baik ada koronavirus. Mereka kata pelaburan tak datang kerana koronavirus, pelancong tak datang kerana koronavirus. Lepas ini hilang benda (wabak) tu, tak tahu lah.

“Tapi saya yakin sebelum hilang penyakit itu, insya-Allah kami akan kembali mengambil alih kerajaan pusat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat