Gabungan Umur Mereka 214 Tahun, Pasangan Kongsi Rahsia Kekal Lama

- Advertisement -

ECUADOR: Pasangan suami isteri tertua di dunia telah berkongsi rahsia mereka untuk hubungan yang panjang dan bahagia setelah 79 tahun berkahwin.

Julio Cesar Mora Tapia, 110, dan isteri tercinta Waldramina Maclovia Quinteros Reyes yang berusia 104 tahun telah diiktiraf secara rasmi oleh Guinness World Records sebagai pasangan paling tua di dunia.

Pasangan sejoli dari Ecuador – yang berkata bahawa mereka sama seperti orang biasa – mempunyai usia gabungan 214 tahun dan 358 hari. Mereka mempunyai lima orang anak – salah seorang daripadanya meninggal – 11 cicit, 21 anak kepada cicit dan sembilan anak kepada anak cicit (tak tahu nak letak gelaran apa).

Julio berusia dua tahun ketika Titanic melanggar glasier dan tenggelam pada tahun 1912, dan kedua-dua pasangan itu lahir sebelum televisyen warna wujud.

Dalam kenyataan bersama pasangan itu berkata: “Kesatuan keluarga ini berjaya kerana mengikut peraturan kasih sayang, saling menghormati, jujur, dan pendidikan yang tepat berdasarkan nilai keluarga adalah kunci untuk hidup sihat”.

“Cinta dan kematangan yang kami miliki sebagai pasangan sejak awal perkahwinan memungkinkan kami saling mengenali dan berkembang secara emosional untuk menentukan masa depan kami.”

“Itu tidak mudah kerana saudara-mara kami tidak mempunyai hubungan yang baik, tetapi dengan masa dan kesabaran kami dapat menyatukan mereka dan kami menjadi contoh dan rujukan terbaik untuk generasi muda.

Pasangan ini berkahwin di Luis Sodiro, Quito, Ecuador pada 7 Februari 1941.

Ketika menikah, ia adalah upacara rahsia yang hanya dihadiri oleh beberapa orang kawan rapat kerana beberapa saudara mereka menentang perkahwinan mereka.

Pasangan itu menambah: “Adalah suatu kehormatan dan kebanggaan apabila mendapat gelaran Guinness World Records kerana ia adalah penghargaan tertinggi yang diiktiraf oleh dunia.

“Memang benar pada masa ini sukar kerana dunia dilandq wabak dan kita masih belum mempunyai jalan penyelesaian.

“Namun, langkah pertama untuk kita semua ialah dengan mengikut peraturan, hormat menghormati dan mencintai kehidupan.” – Daily Mirror

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat