Ulang budaya “cash is king”, sepatutnya jadi lebih baik- Syed Saddiq tegur kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed menegur inisiatif Kerajaan Perpaduan yang didakwa mengulang semula budaya “cash is king” yang pernah diamalkan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Ahli Parlimen Muar itu mengingatkan Kerajaan Perpaduan supaya bertindak lebih baik berbanding kerajaan sebelum ini.

“Biasanya kita dengar bantuan khas ini diberikan apabila pembentangan bajet, musim perayaan.

“Tapi sekarang? Why the sudden announcement? Sebab minggu depan PRN?

“Dulu bila pihak lawan buat perkara yang sama, “Cash is King”, “Kerajaan BN Tabur ‘Gula-Gula'”.
Sekarang? Buat benda sama? Soal beliau di Twitter, semalam.

Syed Saddiq menegaskan, adalah tidak baik kerajaan hari ini meniru budaya ole-ole piliahan raya.

“Jangan kita ulang budaya “election goodies” kerajaan dahulu.

“Be better,” tegur beliau.

Semalam, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan bantuan khas penghargaan sebanyak RM200 kepada pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Katanya, bantuan yang memanfaatkan 2.3 juta penjawat awam dan pesara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat