Sarawak Wajibkan Kuarantin, Ujian Covid

- Advertisement -

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak mewajibkan kepada mana-mana rakyat Malaysia daripada Semenanjung, Sabah, dan Labuan yang memasuki negeri itu untuk dikuarantin di pusat kuarantin ditetapkan untuk ujian Covid-19.

Exco pengurusan bencana Sarawak Douglas Uggah Embas berkata, mereka hanya akan dibenarkan pulang jika keputusan ujian Covid didapati negatif.

Dalam sidang media semalam Douglas berkata, kerajaan negeri itu hanya akan menanggung kos kuarantin dan ujian bagi rakyat negeri itu sahaja.

Langkah itu akan berkuat kuasa dari 1 hingga 14 Ogos, berikutan kes baru positif yang didapati semakin bertambah serta kewujudan beberapa kluster baru di negeri itu sejak akhir-akhir ini.

Mengenai kawalan perjalanan antara zon yang akan dilaksanakan pada jangka masa sama, beliau berkata hanya mereka yang melakukan tugas rasmi atau perlu menjalani pemeriksaan perubatan, terbabit dalam perkhidmatan penting, dan mereka yang mengunjungi saudara yang sakit atau menghadiri pengebumian akan dikecualikan daripada mendapatkan kelulusan polis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat