Najib Masih Ada Ruang, Kata Asyraf

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi berkata masih ada ruang untuk bekas presidennya, Datuk Seri Najib Razak untuk merayu keputusan mahkamah itu.

Tegasnya, Umno menghormati institusi mahkamah dan keputusan hakim.

“Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas semua 7 pertuduhan.

“Masih ada ruang untuk merayu di Mahkamah Rayuan (libatkan 3 Hakim) dan Mahkamah Persekutuan (5 atau 7 Hakim),” katanya di Facebook.

Najib Razak hari ini didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bekas perdana menteri itu kelihatan tenang semasa hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membacakan keputusan beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

author avatar
HAIZAL YATIRAN
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat