Najib Didapati Bersalah, Muhyiddin Tersenyum Puas Kata Puad

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan semua yang menimpa Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah disebabkan dendam kesumat.

Menurutnya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pasti tersenyum dengan keputusan mahkamah hari ini.

“Najib pasti maklum kenapa itu berlaku kepadanya. Ada yang tersirat iaitu dendam kesumat.

“Hari ini orang yang tersenyum puas apabila Najib dihukum bersalah ialah Muhyiddin bukan Mahathir,” katanya, memetik nama Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, dan seteru Najib, Dr Mahathir Mohamad,” katanya melalui satu kemaskini di laman Facebook sebentar tadi.

Menurut bekas ahli parlimen Batu Pahat itu, keputusan itu memberi mesej jelas perdana menteri tidak boleh ‘dibeli’ dengan sokongan.

“Muhyiddin pasti berbangga kerana walaupun Najib menandatangani akuan bersumpah menyokong dia sebagai perdana menteri ke-8 tetapi dia tidak boleh dibeli dengan sokongan itu.

“Sebab itu Zahid juga tercicir dari senarai menteri,” katanya, merujuk kepada presiden Umno,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi berkata masih ada ruang untuk bekas presidennya merayu keputusan mahkamah itu.

Tegasnya, Umno menghormati institusi mahkamah dan keputusan hakim.

“Masih ada ruang untuk merayu di Mahkamah Rayuan (libatkan 3 hakim) dan Mahkamah Persekutuan (5 atau 7 hakim),” katanya di Twitter.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat