DJ Dave jadi pengacara selepas 20 tahun

- Advertisement -

SELEPAS lebih 20 tahun tidak mengacara, penyanyi Datuk DJ Dave kembali dengan program baru berjudul Langit Bakal Cerah terbitan stesen TV baru, Awesome TV.

Dave atau nama sebenarnyaIrwan Shah Abdullah ketika ditemui berkata, dia tidak berasa kekok memandangkan pernah menjadi pengacara sebelum ini.

“Program Langit Bakal Cerah ini adalah program 13 episod dan konsepnya adalah mengetengahkan artis-artis veteran yang masih lagi berbakat.

“Tak kekok kerana sebelum ini saya pernah mengacara dan selalu berinteraksi dengan penonton setiap kali membuat persembahan contohnya di acara konsert dan sebagainya,” katanya kepada Harian Metro.

Berkongsi mengenai program baru itu, Dave berkata, ia satu pengalaman baru buatnya apabila perlu menghabiskan rakaman 13 episod dalam masa dua hari.

“Cara kerja produksi hari ini pantas dan berbeza. Dalam masa dua hari, kami siapkan semua 13 episod dan saya menemubual artis-artis veteran yang menjadi tetamu jemputan.

“Menariknya, rakaman antara saya dan artis-artis terbabit dilakukan berasingan dan kemudian disatukan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat