Anwar bantu pulih kewangan Felda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani perjanjian melibatkan Jaminan Kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Perjanjian itu bertujuan untuk menstruktur semula pinjaman agensi tersebut melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan di dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu dijangka dapat menstabilkan kedudukan kewangan Felda serta menjamin model perniagaan yang lebih mampan supaya terus berupaya mengangkat mobiliti sosial warga peneroka dan generasi baharu.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan menjelaskan sebahagian besar penstrukturan semula pinjaman Felda itu akan melibatkan pengurangan prinsipal hutang Felda bersama institusi kewangan sebanyak RM7.9 bilion.

“Ia juga akan mengurangkan kos kewangan Felda terhadap kadar faedah yang dikenakan serta membolehkan Felda memberi pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion yang dilaksanakan pada 2021,” kata Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Di samping itu, kerajaan telah menambah baik tata kelola penyaluran dana kepada Felda sebagai agensi badan berkanun kerajaan dengan melantik Amanah Raya Trustees sebagai pemegang amanah transaksi akaun bagi memastikan pelan transformasi berada di landasan yang tepat serta memenuhi keperluan akauntabiliti dan integriti.

Pada masa sama, kerajaan telah bersetuju memberi Jaminan Kerajaan kepada Felda pada 2019 bagi membolehkan agensi tersebut melaksanakan pelan pemulihannya di bawah program transformasi Felda yang telah bermula pada 2020 untuk tempoh lima tahun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat