Sulu: PBRS Ucap Tahniah Kepada Kerajaan Perpaduan Atas Kejayaan Di The Hague

- Advertisement -

CYBERJAYA: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan di atas keputusan Mahkamah Rayuan The Hague yang telah memihak kepada Malaysia dengan menolak untuk mengiktiraf Final Award yang dikeluarkan melalui proses timbang tara yang tidak sah dan disalahgunakan oleh pihak yang mendakwa sebagai waris kepada Kesultanan Sulu.

Keputusan terbaharu oleh Mahkamah Rayuan The Hague dan keputusan terdahulu oleh Mahkamah Rayuan Perancis secara tidak langsung menunjukkan bahawa tuntutan kumpulan mendakwa sebagai waris Sulu adalah tidak berasas dan berniat jahat.

PBRS merakam setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan semua pihak yang terlibat terutamanya YB Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi); Menteri Luar Negeri YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Dalam Negeri YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Peguam Negara Tan Sri Idrus bin Harun dan Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor yang berjuang bagi memastikan kemenangan ini.

Presidennya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, beliau percaya perjuangan dalam mempertahankan kedaulatan Sabah bukan perkara yang mudah, namun dengan kesepakatan, kerjasama erat dan usaha yang gigih daripada semua pihak, kita telah berjaya menghasilkan keputusan yang amat bermakna buat rakyat Sabah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Persiangan menambah, keputusan-keputusan Mahkamah ini merupakan titik tolak perjuangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah dalam kita menoktahkan segala usaha tuntutan tidak berasas kumpulan yang mendakwa waris Sulu, jelasnya

Sebagai sebuah parti yang sentiasa membawa suara rakyat Sabah, PBRS memberikan sokongan teguh kepada Kerajaan Perpaduan bagi mematahkan sebarang usaha dan cubaan untuk mencabar kedaulatan Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat